Malaysia merupakan salah sebuah negara yang
masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama,
bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara
masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dapat mengekalkan
keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang
tersendiri di Malaysia. Antara kaum yang hendak dibincangkan adalah Baba Nyonya
dan India Muslim yang mempunyai sejarah tersendiri di Tanah Melayu. Objektif
kajian ini ialah untuk mengetahui sejarah asal usul perkembangan kaum Baba
Nyonya dan India Muslim di Malaysia. Keduanya ialah untuk menganalisis tentang
adat resam seperti kebudayaan, perkahwinan, pakaian dan sebagainya mengenai
Baba Nyonya dan India Muslim. Ketiganya pula ialah untuk mempelajari sesuatu
kaum yang bertapak di Tanah Melayu dari dahulu hingga ke hari ini. Pada Zaman
dahulu, China sentiasa berdagang ke Tanah Melayu sama ada melalui jalan darat
atau jalan laut merentasi selat dunia termasuklah Negeri Melaka. Pada masa itu,
anak raja China Puteri Hang Li Po telah berkahwin dengan Sultan Melaka untuk
mengeratkan lagi hubungan perdagangan antara kedua-dua Negara. Berlaku
peringkat pertama terbentuknya masyarakat Baba Nyonya. India Muslim adalah mereka
yang berketurunan India dan beragama Islam. Tamil, Kerala, Punjabi, Sidhi,
Mahratta, dan sebagainya tergolong dalam India Muslim. Di Malaysia, majoriti
India Muslim bertutur dalam bahasa Tamil. Justeru itu terma India Muslim
lazimnya ditujukan kepada mereka yang bertutur dalam bahasa tersebut. Di
Malaysia, India Muslim juga dikenali sebagai Mamak, DKK (Darah Keturunan
Keling) dan Jawi Peranakan. Baba Nyonya dan India Muslim mempunyai keistimewaan
yang tersendiri. Mereka yang berketurunan seperti ini mempunyai iras muka yang
dapat dilihat dengan mata kasar seperti berkulit putih dan bermata sepet bagi
yang berketurunan Baba Nyonya. Namun, India Muslim pula berkulit gelap sedikit
dan berwajah seperti india. Ini dapat membezakan antara keturunan Baba Nyonya
dan India Muslim.
(
BABA NYONYA )
Pada zaman dulu, China sentiasa berdagang ke Tanah
Melayu tidak kira sama ada melalui jalan darat atau jalan laut merentasi selat
dunia. Mereka banyak menjalinkan hubungan perdagangan di pentas dunia termasuklah
di Negeri Melaka yang pada masa itu terkenal dengan sebuah negeri yang sedang
pesat dengan perdagangan. Seterusnya, Melaka merupakan tempat untuk bertemu
bagi saudagar-saudagar yang datang daripada timur dan selatan. Pada masa itu
anak kepada Raja China iaitu Puteri Hang Li Po telah dikahwinkan dengan Sultan
Melaka pada masa itu iaitu Sultan Muzzaffar Shah. Tujuan utama adalah untuk
mengeratkan lagi hubungan perdagangan antara kedua-dua Negara. Maka di sinilah bermulanya
pembentukan masyarakat Baba dan Nyonya. Tanpa disedari, lama-kelamaan jumlah
kaum Baba dan Nyonya semakin ramai di Tanah Melayu. Mereka juga turut dikenali
dengan sebagai cina peranakan. Maksud peranakan disini adalah kaum. Hal ini
demikian kerana, Baba dan Nyonya mengamalkan adat resam orang Melayu. Mereka
turut bertutur dalam Bahasa Melayu di rumah walaupun bercampur sedikit dengan
dialek cina. Selain itu, kain sarung Melayu dan kebanyakan pakaian Melayu telah
menjadi amalan mereka malah upacara perkahwinan turut diraikan berlatar
belakangkan adat istiadat masyarakat Melayu. Percantuman budaya yang unik
antara kedua-dua kaum ini telah melahirnya sesuatau yang baru iaitu sebuah
budaya yang unik di Malaysia. Tidak ketinggalan juga, masakan Cina dan Melayu yang
digabungkan menjadi satu masakan baru. Sehubungan dengan itu, kaum Baba dan
Nyonya mula berkembang di Melaka. Diikuti dengan Pulau Pinang
dan Singapura. Namun begitu, gelaran Baba dan Nyonya tidak begitu dikenali di Singapura
dan Pulau Pinang sebaliknya lebih dikenali sebagai cina starait. Perbezaan cina
staraits dengan Baba dan Nyonya adalah cina starait masih mengamalkan adat
resam nenek moyang mereka manakala Baba dan Nyonya di Melaka mengamalkan adat
resam masyarakat orang Melayu.
AGAMA
:
Kaum
Baba dan Nyonya mengamalkan adat-adat tradisional kaum Cina iaitu menyambut
Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung. Mereka turut mengamalkan adat resam masyarakat
Melayu dan pengaruh daripada kuasa asing seperti Portugis, Belanda, British dan
Indonesia turut meninggalkan kesan dalam keagamaan.
MASAKAN
:
Kesan
daripada pengaruh Melayu, lahirnya masakan “Nyonya” yang menggunakan rempah
masakan Melayu. Antara contohnya ialah ayam kapitan, ia merupakan sejenis kari
ayam kering. Kemudian adalah inci kabin, iaitu ayam goreng cara Nyonya dan
pindang bandeng yang bermaksud kuah ikan
dan dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di Singapura.
PERKAHWINAN
:
Saudagar
Cina di Melaka pada zaman silam gemar memperisterikan atau mempergundikkan perempuan
Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera. Hasilnya, suku Baba dan
Nyonya telah memperlihatkan campuran budaya orang Cina dan orang Melayu yang
bersinergi. Catatan daripada abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa
lelaki Baba lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada
kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar
anak perempuan ke China untuk mencari suami. Orang Peranakan biasanya berkahwin
dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Sebagai tambahan, lelaki kaya
paling menggemari chin choay yang bermaksud sebuah perkahwinan matrilokal iaitu
si suami akan menyertai keluarga isteri. Oleh itu, lamaran memerlukan buah tangan
pinangan atau bakul berkilau dua tingkat yang dibawa oleh penghantar kepada ibu
bapa pengantin. Penghantar adalah orang yang mewakili pelamar. Kebanyakan suku Peranakan
tidak beragama Islam tetapi sebaliknya memelihara adat resam masyarakat Cina
seperti penyembahan nenek moyang mereka tetapi terdapat juga yang telah memeluk
agama Kristian.
PAKAIAN :
Pendagang China yang berkahwin dengan
penduduk Tanah Melayu kebiasaannya memakai pakaian kebaya yang anggun. Pakaian
kebaya buatan tangan ini memerlukan kepakaran bagi menyulam corak-corak yang kelihatan
seakan-akan renda halus. Hiasan utama baju kebaya adalah sulaman yang bertebuk
lubang di mana garisan corak bermotif bunga dijahit manakala bahagian tengah
dasar kain yang tidak terjahit pula akan ditebuk lubang dan dikenakan pada
bahagian leher, lengan, hujung blaus serta dua bucu segi tiga di bahagian depan
baju yang dikenali sebagai lapik. Sehingga ke hari ini masih lagi terdapat kaum
Nyonya yang memakai kain sarung berserta dengan kebaya. Pakaian Nyonya
merupakan satu simbol identiti bagi masyarakat Baba. Pakaian ini juga dapat
membezakan kaum Baba dari China yang lumrahnya memang tidak memakai kain sarung
bersama kebaya. Namun begitu, sejak kebelakangan ini, masyarakat Cina mula
berjinak-jinak dengan memakai kain sarung dan kebaya. Pemakaian kebaya yang
dipakai oleh masyarakat Baba memerlukan tiga pasang kerongsang untuk dijadikan
butang.
( INDIA MUSLIM )
Dicatatkan bahawa kedatangan
masyarakat India Muslim ke Malaysia adalah seawal tahun 1402 Masihi. Pada
peringkat awalnya, kedatangan masyarakat India Muslim ini lebih kepada
menjalankan aktiviti perdagangan dan juga penyebaran agama Islam. Kedatangan
pedagang-pedagang ini adalah melalui jalan laut sebagai pintu masuk dan
penempatan awal mereka. Seterusnya, ini telah menjadikan pelabuhan negara
sebagai pelabuhan utama seperti Pelabuhan Klang, Melaka dan Pulau Pinang.
Sehubungan dengan itu, pelabuhan-pelabuhan ini telah menjadi lokasi utama
mereka menjalankan urusan perniagaan
secara meluas dan pesat ke seluruh Tanah Melayu. Mereka turut menguasai
sebahagian besar pelabuhan-pelabuhan tersebut dalam urusan perdagangan,
perkapalan dan penumpang. Dengan kedatangan mereka juga, masjid dan sekolah
agama mula dibina kerana pada ketika itu terdapat ramai mubaligh dan tokoh
agama dari India yang turut datang bersama mereka. Malah terdapat juga tokoh
agama dari India yang dilantik menjadi penasihat agama kepada Sultan dan
pembesar negara. Disebabkan oleh urusan perdagangan, mereka kerap berulang alik
antara Tanah Melayu dan India. Situasi ini menyebabkan mereka menjadi serasi
dan selesa untuk menetap di Tanah Melayu. Malah, Tanah Melayu dianggap sebagai
rumah kedua bagi mereka. Terdapat juga yang berkahwin dengan penduduk tempatan
dan berkeluarga di sini. Selepas merdeka, hampir 80 peratus peniaga yang sering
berualang alik dari Malaysia ke India adalah masyarakat India Muslim manakala
20 peratus lagi terlibat dalam sektor pekerjaan dan yang di Malaysia. Namun,
pada hari ini situasi sudah berubah. Hanya 20 peratus sahaja masyarakat India Muslim
yang masih berulang alik antara Malaysia dan India manakala 80 peratus lagi
sudah menetap di Malaysia dan mempunyai kerakyatan negara ini. Kebanyakan
daripada mereka tidak mempunyai kaitan dengan negar dan kini Malaysia adalah
negara pertama mereka.
Perkahwinan :
Dalam adat peminangan, terdapat
upacara ‘suap gula’ yang dilakukan ke atas pengantin perempuan oleh bakal ibu
mertua serta saudara-mara pengantin sebelah lelaki. Dalam upacara tersebut
sedikit gula akan disuapkan kepada pengantin perempuan oleh beberapa orang
keluarga terdekat dan kebiasaannya menggunakan sudu kecil perak sebagai tanda
memaniskan kehidupan pada masa akan datang. Amalan memakai inai pada jari-jari
tangan dan kaki serta masih diteruskan mengikut adat lama. Ini dilakukan kepada
sebelah pengantin perempuan dan tidak melibatkan pengantin lelaki. Upacara akad
nikah juga memperlihatkan ciri-ciri tradisi lama yang masih bertahan. Orang
Jawi Peranakan masih mengutamakan perhiasan barang kemas dan kelengkapan ini
lazimnya merupakan sebahagian daripada bahan hantaran atau ‘syepu’. ‘Hantaran
belanja’ selalunya melambangkan status dan kedudukan keluarga pengantin yang
dikatakan berketurunan ‘anak Mami’. Biasanya juga, seutas rantai emas atau
kadangkala rantai bertatah berlian akan dikalungkan ke leher pengantin
perempuan oleh ibu mertua sebagai simbol menyempurnakan ikatan janji
perkahwinan. Ini menggantikan adat menghadiahkan ‘manik hitam’ dalam tradisi
asal yang diamalkan dahulu.
Masakan :
Makanan tradisional kaum India Muslim
adalah seperti pasembur, nasi kandar, roti canai, putu mayam, muruku dan
sebagainya.
Warisan Kebudayaan :
Antara khazanah masyarakat India
Muslim adalah seperti seni bela diri kalari payat, warisan tulisan Arab-Tamil
dan persembahan kebudayaan seperti qawali (permainan gendang dan kompang arab)
serta aksi pendekar kalari payat.
Pakaian :
Dhoti
merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain
berwarna putih. Kebanyakan dhoti sering dilihat pada hari perkahwinan sahaja.
Dhoti juga diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut
akan dililit di bahagian pinggang dan akan diikat pada celah peha. Seterusnya,
akan disangkutkan pada bahagian bahu dan kain tersebut akan dihiasi dengan
manik-manik kecil agar kelihatan lebih menarik. Terdapat juga dhoti yang
berwarna kuning pudar atau kuning susu. Sari pula merupakan pakaian untuk kaum
perempuan dan ia adalah pakaian harian yang turut dipakai pada musim perayaan.
Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter
lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz
pemakai. Kebanyakan kain sari adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari si
pemakai perlu memakai anak baju. Kemudian sari dililit daripada pinggang dan
diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang adalah sebanyak tiga hingga lima
kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. Dari segi pemilihan warna,
kebanyakan sari yang dipakai adalah berwarna terang seperti meah, biru, hijau,
dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik apabila dipakai pada musim perayaan.
Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai.